SEBELUM KAU TINGGALKAN AKU
Kirimkanlah
hatimu sebelum kau tinggalkan aku.
💑
Pertemuan pertama yang telah
disalah ertikan menghumban Firasha Athelia ke dunia Fiqrash Hazim yang amat
berbeza. Dari benci bertukar menjadi
sahabat yang mencorakkan seribu warna dalam hidup mereka. Dalam diam,
masing-masing menaruh perasaan. Namun pabila ego meraja hati, perasaan
tersimpan di lubuk hati. Kehadiran Catherina dan Jeffrey mengganggu-gugat
hubungan mereka. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Berjayakah Catherina dan
Jeffrey menyemai cemburu dalam hati Firasha Athelia dan Fiqrash Hazim?
Nantikan.
BAB
1
DERAIAN
hujan menambahkan keheningan malam
itu. Tajam mata Pak Long menikam mata
bundar milik Firash. Firash hanya tunduk menekur lantai. Takut, risau, gemuruh,
gementar, semua ada. “ Firasha Athelia!” pekik Pak Long. Fiqrash memegang dada.
Terkejut dia dibuatnya. Firash mengangkat muka. Air matanya mulai bertakung. “
Apa yang kamu buat ni?!” Firash menggelengkan kepala menidakkan pertuduhan
keatasnya. “ Firash tak ada buat apa-apa
pun Pak Long. Firash tak kenal pun siapa dia ni.! Sumpah.” Firash mengangkat
tangannya separuh bahu. “ tak kenal.
Cukuplah dengan semua pembohongan yang kau buat selama ni. Janganlah kau
nak perbodohkan keluarga aku lagi. Aku
tak sangka kau sanggup buat macam ni selepas apa yang ayah aku bagi kat kau!
Patutnya orang macam ni biarkan je duduk merempat.! Tak sedar diuntung!” air
mata Firash merembes keluar. Kartini sudah tersenyum. Dia pasti Kartini gembira
melihat apa yang terjadi padanya. “ini ke yang abang dan ayah banggakan? Dasar
perempuan jalang!” kuat Kartini melafazkan kata-katanya. Pedas di telinga
Firash. Ya Allah, tabahkanlah hatinya. Dia harus menegakkan keadilan.
Pandangannya beralih ke arah lelaki yang duduk di atas sofa kulit. Perlahan dia
mendekati lelaki tampan itu. Dia yakin dengan cara itu kebenaran dapat
dibuktikan.
“awak! Awak beritahu diorang yang kita tak pernah kenal
dan awak salah rumah kan?! Beritahu diorang awak!!”Firash melutut di hadapan
Fiqrash. Fiqrash ingin menyatakan kebenaran namun mulutnya seakan terkunci.
Bagaikan suaranya tersekat di kerongkong. ‘cakap Fiqrash. Bantu perempuan ni.
Ni semua sebab kau. Kalau kau tak terburu-buru. This wont happen.’ Bisik hati Fiqrash
. Namun, ada sebab dia tidak ingin menerangkan hal sebenar. Tapi, dia pun tidak
pasti apa sebabnya. Ah, gila jadinya. “sa…’’ belum sempat Fiqrash menghabiskan
bicaranya namun Amran sudah memotong percakapannya. “keluar dari rumah ni! Aku
tak nak rumah mak ayah aku jadi tempat korang berdua buat maksiat. Tak
pasal-pasal ada yang kena kahwin free nanti. Huh!” sinis kedengarannya. Firash
menahan sebak. Dia memandang Amran. ‘Am, Lia tak pernah buat macam tu. Sampai
hati Am tuduh Lia macam ni. Mana semua janji manis Am. Am kata tiada apa pun
yang boleh pisahkan kita. Mana kata-kata Am tu? Kenapa Am minta perpisahan ni?’
dia mendekati Pak Longnya. Lantas dia menghulurkan tangan kepada Pak Longnya.
Huluran Firash tidak disambut. ‘benci sangatkah Pak Long padanya? Kotorkah
dirinya sehinggakan dia dilayan sebegini rupa?’ kemudian dia mendekati Mak
Long. Dia mencium tangan tua Mak Long. Mak Long menyeka air mata Firash. Dari
pancaran matanya tergambar seribu satu kesedihan. Dia seolah- olah ingin
berkata sesuatu. Seperti ‘Mak Long tahu Lia tak salah. Tapi Mak Long tak boleh buat apa-apa’ andainya dia boleh
bersuara. Dia akan menentang habis-habisan keputusan Amran. Tetapi dia tidak
kuat. Seakan mengerti, Firash tersenyum.
Hambar. Hatinya berkata, ‘tak apa Mak Long, Lia faham’ Firash memeluk erat badan Mak Long. Badan itu
berisi. Tidak dapat dia bayangkan tatkala pemergiannya nanti. Apakah kekal
seperti ini? mahupun sebaliknya? Mak long!!. Hatinya merintih.
“ hoi!! Kau tak payahlah nak tunjuk
baik kat sini semuanya sudah terbongkar Athelia. Tak ada
apa-apa yang kau nak buktikan lagi! Sekarang ni lebih baik kau keluar daripada
rumah ni.! Aku tak nak tengok kau lagi dekat rumah ni. Sini!” Amran menarik
tangan Firash kasar. Fiqrash berdiri. Ini
sudah keterlaluan. Bukan ini caranya. Amran mencampak Firash keluar
rumahnya. Fiqrash menuruti langkah Amran. Dia menyambut Firash. “kau keluar
dari rumah ni dan jangan pernah tunjuk muka dekat sini. Jangan pernah jejak
rumah ni lagi. Dan malam ni, kau tak ada
apa-apa lagi pertalian dengan kami!” Amran memandang tepat wajah putih mulus
milik Firash yang sudah basah dek air mata. Begitu juga tubuhnya yang basah
ditimpa hujan. Amran tidak sanggup sebenarnya untuk memperlakukan begitu
terhadap Firash. Namun amarah menguasai dirinya. Tambahan pula, dengan jejaka
tampan yang berdiri di sebelah Firash terlalu
mengambil berat terhadapnya. Dia berlalu ke rumah. Air matanya mengalir
laju ‘maafkan saya Lia. Saya tahu saya kejam. Tapi awak lagi kejam. Awak curang
dengan saya. Curang!’ dia menghempas pintu rumahnya. Fiqrash memegang bahu
Firash untuk membantu Firash bangun. “lepaslah!” tempelak Firash. Dia tidak
akan membenarkan lelaki itu menyentuhnya. Kerana dia semua ini terjadi! Kerana
dia, dia dibenci oleh Pak Long. Kerana dia Kartini terasa berkuasa. Kerana dia,
dia terpaksa berpisah dengann Mak Longnya. Kerana dia, Amran menghinanya.
Kerana dia, dia hilang tempat perlindungannya. Firash benci dia!
Fiqrash terkedu, terkelu, tergamam
terkejut semua ada. Tidak menyangka itu yang akan dibalas oleh perempuan ini.
Niatnya hanya satu, untuk membantu namun dia yang disalahkan. Dia berlalu ke
keretanya. Buat apa nak dipaksa kalau orang tak nak. Dia terus meninggalkan
pekarangan rumah Pak Long Firash dengan kereta Lambhorghini Gallardonya.
Firash memandang kosong ke arah
kereta mewah yang baru meluncur pergi meninggalkannya. ‘dia tinggalkan aku? Sampainya hati dia
tinggalkan aku dengan hujan-hujan lebat macam ni. Tapi, kenapa aku sedih? Bukan ke tadi aku
yang suruh dia pergi? Ah, tulah kau berlagak lagi. Padan muka kau Firash. Sombong tu tak
bertempat.’ Marah Firash dengan dirinya
sendiri. Sungguh dia sedih melihat jejaka tampan yang tidak diketahui namanya
itu, pergi meninggalkannya. Dia bersandar pada
pagar. “ Am..” dia memanggil perlahan. Tanpa sedar dia diperhatikan.
Fiqrash memberhentikan keretanya.
Tidak tahu kenapa, dia terasa berat hati untuk meninggalkan perempuan cantik itu.
Terasa seperti separuh jiwanya tertinggal di situ. Padahal, tidak sampai 2
kilometer dia meninggalkan pekarangan rumah teres dua tingkat itu. ‘ Fiq,
kenapa kau berhenti? Lantaklah dia. Siapa suruh dia berlagak sangat tadi. Kena
tinggal, padan muka.’ sebelah hati Fiqrash berbicara. Fiqrash tersenyum. Betul
tu. Buat apa dia nak pedulikan orang yang langsung tak hargai pertolongan dia.
Tatkala dia ingin menekan pedal minyak, sebelah hatinya bersuara. ‘Fiqrash
Hazim, tak baik aniaya orang. Kalau tak sebab kau aci redah je tadi, semuanya takkan jadi. Tak kesian ke
dekat dia? Undur, Fiq.’ Fiqrash mengeluh. Panjang. Dia meraup wajah tampannya.
Dia mengambil keputusan untuk kembali ke tempat tadi.
Firash memerhati kereta yang berhenti
di hadapannya. ‘ini bukan kereta mamat tadi tu. Yeay! Dia patah balik. Dia
sayangkan kau, Firash! Erk, perasanlah kau ni!’ Firash sembunyi senyum. Hatinya
berbunga-bunga. Tak tahulah kenapa.
Fiqrash menurunkan tingkap di sebelah tempat duduk penumpang. “come in.” Firash
menggeleng. Namun di hatinya bersorak senang.
No comments:
Post a Comment