Monday, 23 June 2014

miss secretary bab 1

Miss secretary
Haikal: apalah nasib dapat secretary yang kelam kabut ni!
Arya: hek eleh! Ko ingat ko bos, ko boleh buli aku lah.. banyak buruk muka kau.!!

Arya Zulaiha, gadis kecil molek dan merupakan pekerja kesayangan Hazrul Hakimi a.k.a buaya tembaga terlaris. Namun begitu,ada satu peristiwa yang mempertemukan dia dengan bos baru yang ‘amat’ pemurah dengan senyuman.
Haikal Hanafiah, jejaka idaman Malaya kalau lihat rupa paraasnya tapi, kalau tengok perangainya yang sebenar, sah! Memang sah! Mak cik umur 63 tahun yang still single tu pun rela jadi Andalusia sampai akhir nyawa tau. Dah lah sombong, kedekut senyum pulak. Lepastu, hari-hari nak marah orang. Banyak lagi lah. Tapi sejak dia kenal dengan secretary dia yang memang lain dari yang lain tu,membuat dia sedar dalam hati dia ada taman.

PANGG!!! Arya menutup muka dengan buku menu makanan. Sekali –sekala ada juga dia mengintai  drama bersiri yang sedang berlangsung di hadapannya itu. Agak-agaklah apa tajuk yang sesuai untuk drama bersiri itu hah? Mukaku dilempang? Oh kekasihku curang?  Ish apalah kau ni Ya. Fokuslah. Setelah perempuan pakai skirt pendek paras lutut dengan baju sendat sampai nampak segalanya meninggalkan bos kesayangannya, Arya segera mendapatkan Hakimi. “Bos! Sakit tak?” Arya memulakan soalan terlajak pandainya itu. Hakimi mengangkat muka. “kalau you nak rasa, meh la sini saya tunjukkan. Baru you tahu macam mana sakitnya.” Geram dengan sikap Arya yang sering memerlinya. “hehehe.. lek lu bos..tapikan bos, bos jangan cakap yang saya tak pernah pesan tau. Sebab mulut saya ni ah penat berbuih yang perkara macam ni memang akan berlaku. Tapi dek kedegilan bos yang tidak dapat dikawal lagi tu, bos tetap jugak main kayu tiga.” Ya. Arya memang sudah amat letih menasihati bos pppp[[[[[[[[[[[kesayangannya  itu. “ Arya, please stop it. Saya dah tak larat nak dengan you ni. Asyik membebel je. Manalah saya tahu benda ni akan jadi macam ni.” Arya menjegilkan mata. ‘tak tahu?  Ceh. Tu bukan tak tahu, tu buat-buat tak tahu. Tempah maut namanya. Hah, kan dah dapat blusher extra merah. Eee, sakitnya hati….!!!’ Arya segera mengambil sehelai sapu tangan berwarna purple dari beg tangan Gucci yang dihadiahkan daripada Hakimi setahun yang lepas sempena hari lahirnya yang ke-24. “Ya dah malas nak gaduh dengan bos. Nah! Pegang kejap.” Hakimi mencapai sapu tangan tersebut, lantas Arya mengeluarkan ais dari gelas perempuan ‘terlalu miskin tu’. “eee, apa you nak buat ni Arya. Please don’t.” Hakimi membuat muka geli. “ooo, please don’t. kalau  macam tu, please don’t asking me  when you waking up this morning your face is red. Ok?!” Hakimi mengerut dahi. Rasanya dia tidak pernah dengar tentang fakta itu. Arya seakan merajuk. Namun didalam hatinya, dia sudah ketawa besar. Merepek sahaja. Mana ada orang baru lepas kena tampar bangun pagi mukanya merah…  hua hua hua.  Melihat muka Arya yang seakan merajuk,Hakimi segera mengiyakan fakta itu.
“ok,ok. What you want to do?” Arya tersenyum ‘kalah jugak kau dengan aku.’ Gumam Arya. “give me that handkerchief.” Nada merajuk. Lantas Hakimi menyerahkan sapu tangan kepada pemiliknya. Arya menuang separuh daripada ais yang berada di dalam gelas itu. “errrr… tak boleh ke ambil yang baru saja.. minta kat waiter tu. Wai…” Arya segera memotong. “ehhh.. ehh.. tak payah la bos. Membazir je bos ni.. mentang-mentang anak orang kaya. Tak payahlah membuang duit tu.” Jelas Arya dalam nada bersahaja. ‘eh dia ni. Perli ke nasihat.’   Arya segera membungkus ais itu dengan sapu tangannya. “come bos. More closer.” Hakimi merapatkan wajahnya ke wajah Arya. Terasa deruan nafas Arya  menghembus ke wajahnya. “ok. Tahan sikit ek. Ya nak tuam ni.” Perlahan suara Arya membisik kepada Hakimi. Yelah, takkan dia jerit pulak. Sakit jantung nanti bos kesayangannya ini. Jantung  Hakimi berhenti berdegup. Suara Arya yang serak-serak basah sedang berbisik di telinganya. Dia terpana mendengar bisikan itu. Perlahan dia memerhati wajah Arya. Arya cantik. Sangat cantik. Malah lebih cantik dari Mellina, gadis pujaannya. Tetapi,ada satu sifat yang membuatkan kaum adam takut kepada orang yang bernama Arya Zulaiha ini iaitu, garang. Sehinggakan di pejabat orang menggelarnya miss lion.. sungguhpun begitu,Arya amat manja dengannya.. bukan dibuat-buat tetapi semulajadi. Seketika Hakimi tersenyum sendirian. “Bos,bos!!!??” Arya mennggoncang badan Hakimi. Risau jika Hakimi tiba-tiba dipukau atau terkena penyakit tidak siuman. “hah?!”Hakimi terkejut. Arya menghela nafas lega. Mujurlah tiada apa yang berlaku kepada bos kesayangannya ini. “bos ni dah kenapa senyum seorang-seorang? Dah tak betul?  Suka sangat risaukan Ya kan? Kalau jadi apa-apa kat bos, apa yang Ya nak jawab dengan dato dengan datin? Nak bagi Ya mati kejang jawab soalan dari mulut  kakak bos yang macam torpedo tu?”bertubi-tubi soalan daripada mulut Arya sejurus Hakimi sedar dari lamunan. “Ya, saya tak ada apa-apa lah. Saya cuma…”  ayat Hakimi tergantung di situ.”Cuma apa?” Tanya Arya ingin  tahu. “ saya cuma  tenung wajah you yang sangat cute and beauty.” Jelas Hakimi terus terang.”ek eleh bos ni. Poyo lah. Bos, kalau  bos nak jadi champion buaya darat, jangan dengan Ya eh. Geli telinga Ya ni dengar tahu!!” seloroh Arya. Hek eleh .. penat je aku ayat dia. Macam mana orang nak mengorat dia, kalau garang macam tu. Potong stim. Hakimi mengomel dalam hati. “bos! Eee.. bos ni suka macam ni.. mengelamun. Agak nya otak bos tu dah mereng kot lepas kena dengan linda.. eh bukan, syasya? ke karina tadi tu? Ahhh. Apa-apa jelah. Sakit otak Ya nak mengingat nama girlfriend-girlfriend bos. Sekarang ni, lebih baik Ya balik office. Dah naak dekat pukul dua dah ni. Bye!” Arya segera bangun dari tempat duduknya. Lagi lama dia melayan bos kesayangannya itu,lagi sakit tekak dan kerongkongnya nak bertekak dengan Hakimi. “eh, nantilah dulu.” Hakimi  mencapai tangan  Arya. Terasa seperti ada kejutan elekktrik yang mengalir di seluruh badan Arya. Dia cukup, cukup pantang kalau ada orang yang bukan mahramnya cuba untuk mengambil kesempatan atas dirinya.”Mr Hakimi!” Arya separuh berteriak. Terkujat juga Hakimi mendengarnya. Lantas dia melepaskan pegangan tangannya. Dia tahu. Dia tahu yang dia telah melakukan kesalahan paling besar terhadap Arya. “I’m sorry.” Perlahan Hakimi melafazkannya.” Tolong, jangan samakan saya, Arya Zulaiha dengan girlfriend –girlfriend En Hakimi!” jari Arya tepat menuding kearah Hakimi. Hakimi menunduk. Dia tahu kesilapan yang dilakukannya. Air mata Arya gugur. Lantas dia meninggalkan restoran dengan air mata yang berjuraian. Sungguh, dia terasa dengan perlakuan Hakimi tadi.                           

HAKIMI mengintai Arya disebelah bilik officenya. Gadis itu sedang termenung. Pasti memikirkan apa yang berlaku tadi. Hakimi mencapai telefon sony xperia Z1 miliknya dan terus mendail nombor telefon Arya yang sudah sedia di dalam kepalanya. Lagu  Arjuna Beta nyanyian Fynn Jamal yang telah disetkan Arya sebagai caller ringtone berlagu di telinga Hakimi.   

No comments:

Post a Comment