Monday, 23 June 2014

pengenalan😉

hai dan asalamualaikum semua. (macam ramai je)... thanks coz sudi singgah blog ni. in this blog, wany just nak cerita or kongsi tentang karya2 yang wany terfikirkan. seriously, wany suke bce e-novel. so i wish someday i will be like them. sekian..

miss secretary bab 1

Miss secretary
Haikal: apalah nasib dapat secretary yang kelam kabut ni!
Arya: hek eleh! Ko ingat ko bos, ko boleh buli aku lah.. banyak buruk muka kau.!!

Arya Zulaiha, gadis kecil molek dan merupakan pekerja kesayangan Hazrul Hakimi a.k.a buaya tembaga terlaris. Namun begitu,ada satu peristiwa yang mempertemukan dia dengan bos baru yang ‘amat’ pemurah dengan senyuman.
Haikal Hanafiah, jejaka idaman Malaya kalau lihat rupa paraasnya tapi, kalau tengok perangainya yang sebenar, sah! Memang sah! Mak cik umur 63 tahun yang still single tu pun rela jadi Andalusia sampai akhir nyawa tau. Dah lah sombong, kedekut senyum pulak. Lepastu, hari-hari nak marah orang. Banyak lagi lah. Tapi sejak dia kenal dengan secretary dia yang memang lain dari yang lain tu,membuat dia sedar dalam hati dia ada taman.

PANGG!!! Arya menutup muka dengan buku menu makanan. Sekali –sekala ada juga dia mengintai  drama bersiri yang sedang berlangsung di hadapannya itu. Agak-agaklah apa tajuk yang sesuai untuk drama bersiri itu hah? Mukaku dilempang? Oh kekasihku curang?  Ish apalah kau ni Ya. Fokuslah. Setelah perempuan pakai skirt pendek paras lutut dengan baju sendat sampai nampak segalanya meninggalkan bos kesayangannya, Arya segera mendapatkan Hakimi. “Bos! Sakit tak?” Arya memulakan soalan terlajak pandainya itu. Hakimi mengangkat muka. “kalau you nak rasa, meh la sini saya tunjukkan. Baru you tahu macam mana sakitnya.” Geram dengan sikap Arya yang sering memerlinya. “hehehe.. lek lu bos..tapikan bos, bos jangan cakap yang saya tak pernah pesan tau. Sebab mulut saya ni ah penat berbuih yang perkara macam ni memang akan berlaku. Tapi dek kedegilan bos yang tidak dapat dikawal lagi tu, bos tetap jugak main kayu tiga.” Ya. Arya memang sudah amat letih menasihati bos pppp[[[[[[[[[[[kesayangannya  itu. “ Arya, please stop it. Saya dah tak larat nak dengan you ni. Asyik membebel je. Manalah saya tahu benda ni akan jadi macam ni.” Arya menjegilkan mata. ‘tak tahu?  Ceh. Tu bukan tak tahu, tu buat-buat tak tahu. Tempah maut namanya. Hah, kan dah dapat blusher extra merah. Eee, sakitnya hati….!!!’ Arya segera mengambil sehelai sapu tangan berwarna purple dari beg tangan Gucci yang dihadiahkan daripada Hakimi setahun yang lepas sempena hari lahirnya yang ke-24. “Ya dah malas nak gaduh dengan bos. Nah! Pegang kejap.” Hakimi mencapai sapu tangan tersebut, lantas Arya mengeluarkan ais dari gelas perempuan ‘terlalu miskin tu’. “eee, apa you nak buat ni Arya. Please don’t.” Hakimi membuat muka geli. “ooo, please don’t. kalau  macam tu, please don’t asking me  when you waking up this morning your face is red. Ok?!” Hakimi mengerut dahi. Rasanya dia tidak pernah dengar tentang fakta itu. Arya seakan merajuk. Namun didalam hatinya, dia sudah ketawa besar. Merepek sahaja. Mana ada orang baru lepas kena tampar bangun pagi mukanya merah…  hua hua hua.  Melihat muka Arya yang seakan merajuk,Hakimi segera mengiyakan fakta itu.
“ok,ok. What you want to do?” Arya tersenyum ‘kalah jugak kau dengan aku.’ Gumam Arya. “give me that handkerchief.” Nada merajuk. Lantas Hakimi menyerahkan sapu tangan kepada pemiliknya. Arya menuang separuh daripada ais yang berada di dalam gelas itu. “errrr… tak boleh ke ambil yang baru saja.. minta kat waiter tu. Wai…” Arya segera memotong. “ehhh.. ehh.. tak payah la bos. Membazir je bos ni.. mentang-mentang anak orang kaya. Tak payahlah membuang duit tu.” Jelas Arya dalam nada bersahaja. ‘eh dia ni. Perli ke nasihat.’   Arya segera membungkus ais itu dengan sapu tangannya. “come bos. More closer.” Hakimi merapatkan wajahnya ke wajah Arya. Terasa deruan nafas Arya  menghembus ke wajahnya. “ok. Tahan sikit ek. Ya nak tuam ni.” Perlahan suara Arya membisik kepada Hakimi. Yelah, takkan dia jerit pulak. Sakit jantung nanti bos kesayangannya ini. Jantung  Hakimi berhenti berdegup. Suara Arya yang serak-serak basah sedang berbisik di telinganya. Dia terpana mendengar bisikan itu. Perlahan dia memerhati wajah Arya. Arya cantik. Sangat cantik. Malah lebih cantik dari Mellina, gadis pujaannya. Tetapi,ada satu sifat yang membuatkan kaum adam takut kepada orang yang bernama Arya Zulaiha ini iaitu, garang. Sehinggakan di pejabat orang menggelarnya miss lion.. sungguhpun begitu,Arya amat manja dengannya.. bukan dibuat-buat tetapi semulajadi. Seketika Hakimi tersenyum sendirian. “Bos,bos!!!??” Arya mennggoncang badan Hakimi. Risau jika Hakimi tiba-tiba dipukau atau terkena penyakit tidak siuman. “hah?!”Hakimi terkejut. Arya menghela nafas lega. Mujurlah tiada apa yang berlaku kepada bos kesayangannya ini. “bos ni dah kenapa senyum seorang-seorang? Dah tak betul?  Suka sangat risaukan Ya kan? Kalau jadi apa-apa kat bos, apa yang Ya nak jawab dengan dato dengan datin? Nak bagi Ya mati kejang jawab soalan dari mulut  kakak bos yang macam torpedo tu?”bertubi-tubi soalan daripada mulut Arya sejurus Hakimi sedar dari lamunan. “Ya, saya tak ada apa-apa lah. Saya cuma…”  ayat Hakimi tergantung di situ.”Cuma apa?” Tanya Arya ingin  tahu. “ saya cuma  tenung wajah you yang sangat cute and beauty.” Jelas Hakimi terus terang.”ek eleh bos ni. Poyo lah. Bos, kalau  bos nak jadi champion buaya darat, jangan dengan Ya eh. Geli telinga Ya ni dengar tahu!!” seloroh Arya. Hek eleh .. penat je aku ayat dia. Macam mana orang nak mengorat dia, kalau garang macam tu. Potong stim. Hakimi mengomel dalam hati. “bos! Eee.. bos ni suka macam ni.. mengelamun. Agak nya otak bos tu dah mereng kot lepas kena dengan linda.. eh bukan, syasya? ke karina tadi tu? Ahhh. Apa-apa jelah. Sakit otak Ya nak mengingat nama girlfriend-girlfriend bos. Sekarang ni, lebih baik Ya balik office. Dah naak dekat pukul dua dah ni. Bye!” Arya segera bangun dari tempat duduknya. Lagi lama dia melayan bos kesayangannya itu,lagi sakit tekak dan kerongkongnya nak bertekak dengan Hakimi. “eh, nantilah dulu.” Hakimi  mencapai tangan  Arya. Terasa seperti ada kejutan elekktrik yang mengalir di seluruh badan Arya. Dia cukup, cukup pantang kalau ada orang yang bukan mahramnya cuba untuk mengambil kesempatan atas dirinya.”Mr Hakimi!” Arya separuh berteriak. Terkujat juga Hakimi mendengarnya. Lantas dia melepaskan pegangan tangannya. Dia tahu. Dia tahu yang dia telah melakukan kesalahan paling besar terhadap Arya. “I’m sorry.” Perlahan Hakimi melafazkannya.” Tolong, jangan samakan saya, Arya Zulaiha dengan girlfriend –girlfriend En Hakimi!” jari Arya tepat menuding kearah Hakimi. Hakimi menunduk. Dia tahu kesilapan yang dilakukannya. Air mata Arya gugur. Lantas dia meninggalkan restoran dengan air mata yang berjuraian. Sungguh, dia terasa dengan perlakuan Hakimi tadi.                           

HAKIMI mengintai Arya disebelah bilik officenya. Gadis itu sedang termenung. Pasti memikirkan apa yang berlaku tadi. Hakimi mencapai telefon sony xperia Z1 miliknya dan terus mendail nombor telefon Arya yang sudah sedia di dalam kepalanya. Lagu  Arjuna Beta nyanyian Fynn Jamal yang telah disetkan Arya sebagai caller ringtone berlagu di telinga Hakimi.   

sebelum Kau Tinggalkan Aku Bab 1

SEBELUM KAU TINGGALKAN AKU
Kirimkanlah hatimu sebelum kau tinggalkan aku.

     💑
Pertemuan pertama yang telah disalah ertikan menghumban Firasha Athelia ke dunia Fiqrash Hazim yang amat berbeza.  Dari benci bertukar menjadi sahabat yang mencorakkan seribu warna dalam hidup mereka. Dalam diam, masing-masing menaruh perasaan. Namun pabila ego meraja hati, perasaan tersimpan di lubuk hati. Kehadiran Catherina dan Jeffrey mengganggu-gugat hubungan mereka. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Berjayakah Catherina dan Jeffrey menyemai cemburu dalam hati Firasha Athelia dan Fiqrash Hazim? Nantikan.








       BAB  1
DERAIAN hujan menambahkan keheningan malam itu. Tajam mata Pak  Long menikam mata bundar milik Firash. Firash hanya tunduk menekur lantai. Takut, risau, gemuruh, gementar, semua ada. “ Firasha Athelia!” pekik Pak Long. Fiqrash memegang dada. Terkejut dia dibuatnya. Firash mengangkat muka. Air matanya mulai bertakung. “ Apa yang kamu buat ni?!” Firash menggelengkan kepala menidakkan pertuduhan keatasnya. “  Firash tak ada buat apa-apa pun Pak Long. Firash tak kenal pun siapa dia ni.! Sumpah.” Firash mengangkat tangannya separuh bahu. “ tak kenal.  Cukuplah dengan semua pembohongan yang kau buat selama ni. Janganlah kau nak perbodohkan keluarga  aku lagi. Aku tak sangka kau sanggup buat macam ni selepas apa yang ayah aku bagi kat kau! Patutnya orang macam ni biarkan je duduk merempat.! Tak sedar diuntung!” air mata Firash merembes keluar. Kartini sudah tersenyum. Dia pasti Kartini gembira melihat apa yang terjadi padanya. “ini ke yang abang dan ayah banggakan? Dasar perempuan jalang!” kuat Kartini melafazkan kata-katanya. Pedas di telinga Firash. Ya Allah, tabahkanlah hatinya. Dia harus menegakkan keadilan. Pandangannya beralih ke arah lelaki yang duduk di atas sofa kulit. Perlahan dia mendekati lelaki tampan itu. Dia yakin dengan cara itu kebenaran dapat dibuktikan.
“awak! Awak  beritahu diorang yang kita tak pernah kenal dan awak salah rumah kan?! Beritahu diorang awak!!”Firash melutut di hadapan Fiqrash. Fiqrash ingin menyatakan kebenaran namun mulutnya seakan terkunci. Bagaikan suaranya tersekat di kerongkong. ‘cakap Fiqrash. Bantu perempuan ni. Ni semua sebab kau. Kalau kau tak terburu-buru. This wont happen.’ Bisik hati Fiqrash . Namun, ada sebab dia tidak ingin menerangkan hal sebenar. Tapi, dia pun tidak pasti apa sebabnya. Ah, gila jadinya. “sa…’’ belum sempat Fiqrash menghabiskan bicaranya namun Amran sudah memotong percakapannya. “keluar dari rumah ni! Aku tak nak rumah mak ayah aku jadi tempat korang berdua buat maksiat. Tak pasal-pasal ada yang kena kahwin free nanti. Huh!” sinis kedengarannya. Firash menahan sebak. Dia memandang Amran. ‘Am, Lia tak pernah buat macam tu. Sampai hati Am tuduh Lia macam ni. Mana semua janji manis Am. Am kata tiada apa pun yang boleh pisahkan kita. Mana kata-kata Am tu? Kenapa Am minta perpisahan ni?’ dia mendekati Pak Longnya. Lantas dia menghulurkan tangan kepada Pak Longnya. Huluran Firash tidak disambut. ‘benci sangatkah Pak Long padanya? Kotorkah dirinya sehinggakan dia dilayan sebegini rupa?’ kemudian dia mendekati Mak Long. Dia mencium tangan tua Mak Long. Mak Long menyeka air mata Firash. Dari pancaran matanya tergambar seribu satu kesedihan. Dia seolah- olah ingin berkata sesuatu. Seperti ‘Mak Long tahu Lia tak salah. Tapi Mak Long  tak boleh buat apa-apa’ andainya dia boleh bersuara. Dia akan menentang habis-habisan keputusan Amran. Tetapi dia tidak kuat.  Seakan mengerti, Firash tersenyum. Hambar. Hatinya berkata, ‘tak apa Mak Long, Lia faham’  Firash memeluk erat badan Mak Long. Badan itu berisi. Tidak dapat dia bayangkan tatkala pemergiannya nanti. Apakah kekal seperti ini? mahupun sebaliknya? Mak long!!. Hatinya merintih.
“ hoi!! Kau tak payahlah nak tunjuk baik  kat sini  semuanya sudah terbongkar Athelia. Tak ada apa-apa yang kau nak buktikan lagi! Sekarang ni lebih baik kau keluar daripada rumah ni.! Aku tak nak tengok kau lagi dekat rumah ni. Sini!” Amran menarik tangan Firash kasar. Fiqrash berdiri. Ini  sudah keterlaluan. Bukan ini caranya. Amran mencampak Firash keluar rumahnya. Fiqrash menuruti langkah Amran. Dia menyambut Firash. “kau keluar dari rumah ni dan jangan pernah tunjuk muka dekat sini. Jangan pernah jejak rumah ni lagi. Dan malam ni, kau tak  ada apa-apa lagi pertalian dengan kami!” Amran memandang tepat wajah putih mulus milik Firash yang sudah basah dek air mata. Begitu juga tubuhnya yang basah ditimpa hujan. Amran tidak sanggup sebenarnya untuk memperlakukan begitu terhadap Firash. Namun amarah menguasai dirinya. Tambahan pula, dengan jejaka tampan yang berdiri di sebelah Firash terlalu  mengambil berat terhadapnya. Dia berlalu ke rumah. Air matanya mengalir laju ‘maafkan saya Lia. Saya tahu saya kejam. Tapi awak lagi kejam. Awak curang dengan saya. Curang!’ dia menghempas pintu rumahnya. Fiqrash memegang bahu Firash untuk membantu Firash bangun. “lepaslah!” tempelak Firash. Dia tidak akan membenarkan lelaki itu menyentuhnya. Kerana dia semua ini terjadi! Kerana dia, dia dibenci oleh Pak Long. Kerana dia Kartini terasa berkuasa. Kerana dia, dia terpaksa berpisah dengann Mak Longnya. Kerana dia, Amran menghinanya. Kerana dia, dia hilang tempat perlindungannya. Firash benci dia!
Fiqrash terkedu, terkelu, tergamam terkejut semua ada. Tidak menyangka itu yang akan dibalas oleh perempuan ini. Niatnya hanya satu, untuk membantu namun dia yang disalahkan. Dia berlalu ke keretanya. Buat apa nak dipaksa kalau orang tak nak. Dia terus meninggalkan pekarangan rumah Pak Long Firash dengan kereta Lambhorghini Gallardonya.
Firash memandang kosong ke arah kereta mewah yang baru meluncur pergi meninggalkannya.  ‘dia tinggalkan aku? Sampainya hati dia tinggalkan aku dengan hujan-hujan lebat macam ni. Tapi, kenapa aku sedih? Bukan  ke tadi aku  yang suruh dia pergi? Ah, tulah kau berlagak lagi. Padan  muka kau Firash. Sombong tu tak bertempat.’  Marah Firash dengan dirinya sendiri. Sungguh dia sedih melihat jejaka tampan yang tidak diketahui namanya itu, pergi meninggalkannya. Dia bersandar pada  pagar. “ Am..” dia memanggil perlahan. Tanpa sedar dia diperhatikan.
Fiqrash memberhentikan keretanya. Tidak tahu kenapa, dia terasa berat hati untuk meninggalkan perempuan cantik itu. Terasa seperti separuh jiwanya tertinggal di situ. Padahal, tidak sampai 2 kilometer dia meninggalkan pekarangan rumah teres dua tingkat itu. ‘ Fiq, kenapa kau berhenti? Lantaklah dia. Siapa suruh dia berlagak sangat tadi. Kena tinggal, padan muka.’ sebelah hati Fiqrash berbicara. Fiqrash tersenyum. Betul tu. Buat apa dia nak pedulikan orang yang langsung tak hargai pertolongan dia. Tatkala dia ingin menekan pedal minyak, sebelah hatinya bersuara. ‘Fiqrash Hazim, tak baik aniaya orang. Kalau tak sebab kau aci redah je  tadi, semuanya takkan jadi. Tak kesian ke dekat dia? Undur, Fiq.’ Fiqrash mengeluh. Panjang. Dia meraup wajah tampannya. Dia mengambil keputusan untuk kembali ke tempat tadi.

Firash memerhati kereta yang berhenti di hadapannya. ‘ini bukan kereta mamat tadi tu. Yeay! Dia patah balik. Dia sayangkan kau, Firash! Erk, perasanlah kau ni!’ Firash sembunyi senyum. Hatinya berbunga-bunga.  Tak tahulah kenapa. Fiqrash menurunkan tingkap di sebelah tempat duduk penumpang. “come in.” Firash menggeleng. Namun di hatinya bersorak senang.