Monday, 23 June 2014
pengenalan😉
hai dan asalamualaikum semua. (macam ramai je)... thanks coz sudi singgah blog ni. in this blog, wany just nak cerita or kongsi tentang karya2 yang wany terfikirkan. seriously, wany suke bce e-novel. so i wish someday i will be like them. sekian..
miss secretary bab 1
Miss secretary
Haikal: apalah nasib dapat secretary
yang kelam kabut ni!
Arya:
hek eleh! Ko ingat ko bos, ko boleh buli aku lah.. banyak buruk muka kau.!!
Arya Zulaiha, gadis kecil molek dan merupakan pekerja
kesayangan Hazrul Hakimi a.k.a buaya tembaga terlaris. Namun begitu,ada satu
peristiwa yang mempertemukan dia dengan bos baru yang ‘amat’ pemurah dengan
senyuman.
Haikal Hanafiah, jejaka idaman Malaya kalau lihat rupa
paraasnya tapi, kalau tengok perangainya yang sebenar, sah! Memang sah! Mak cik
umur 63 tahun yang still single tu pun rela jadi Andalusia sampai akhir nyawa
tau. Dah lah sombong, kedekut senyum pulak. Lepastu, hari-hari nak marah orang.
Banyak lagi lah. Tapi sejak dia kenal dengan secretary dia yang memang lain
dari yang lain tu,membuat dia sedar dalam hati dia ada taman.
PANGG!!! Arya menutup muka dengan buku
menu makanan. Sekali –sekala ada juga dia mengintai drama bersiri yang sedang berlangsung di
hadapannya itu. Agak-agaklah apa tajuk yang sesuai untuk drama bersiri itu hah?
Mukaku dilempang? Oh kekasihku curang?
Ish apalah kau ni Ya. Fokuslah. Setelah perempuan pakai skirt pendek
paras lutut dengan baju sendat sampai nampak segalanya meninggalkan bos
kesayangannya, Arya segera mendapatkan Hakimi. “Bos! Sakit tak?” Arya memulakan
soalan terlajak pandainya itu. Hakimi mengangkat muka. “kalau you nak rasa, meh
la sini saya tunjukkan. Baru you tahu macam mana sakitnya.” Geram dengan sikap
Arya yang sering memerlinya. “hehehe.. lek lu bos..tapikan bos, bos jangan
cakap yang saya tak pernah pesan tau. Sebab mulut saya ni ah penat berbuih yang
perkara macam ni memang akan berlaku. Tapi dek kedegilan bos yang tidak dapat
dikawal lagi tu, bos tetap jugak main kayu tiga.” Ya. Arya memang sudah amat
letih menasihati bos pppp[[[[[[[[[[[kesayangannya itu. “ Arya, please stop it. Saya dah tak
larat nak dengan you ni. Asyik membebel je. Manalah saya tahu benda ni akan
jadi macam ni.” Arya menjegilkan mata. ‘tak tahu? Ceh. Tu bukan tak tahu, tu buat-buat tak
tahu. Tempah maut namanya. Hah, kan dah dapat blusher extra merah. Eee,
sakitnya hati….!!!’ Arya segera mengambil sehelai sapu tangan berwarna purple
dari beg tangan Gucci yang dihadiahkan daripada Hakimi setahun yang lepas
sempena hari lahirnya yang ke-24. “Ya dah malas nak gaduh dengan bos. Nah!
Pegang kejap.” Hakimi mencapai sapu tangan tersebut, lantas Arya mengeluarkan
ais dari gelas perempuan ‘terlalu miskin tu’. “eee, apa you nak buat ni Arya.
Please don’t.” Hakimi membuat muka geli. “ooo, please don’t. kalau macam tu, please don’t asking me when you waking up this morning your face is
red. Ok?!” Hakimi mengerut dahi. Rasanya dia tidak pernah dengar tentang fakta
itu. Arya seakan merajuk. Namun didalam hatinya, dia sudah ketawa besar.
Merepek sahaja. Mana ada orang baru lepas kena tampar bangun pagi mukanya
merah… hua hua hua. Melihat muka Arya yang seakan merajuk,Hakimi
segera mengiyakan fakta itu.
“ok,ok. What you want to do?” Arya
tersenyum ‘kalah jugak kau dengan aku.’ Gumam Arya. “give me that
handkerchief.” Nada merajuk. Lantas Hakimi menyerahkan sapu tangan kepada
pemiliknya. Arya menuang separuh daripada ais yang berada di dalam gelas itu.
“errrr… tak boleh ke ambil yang baru saja.. minta kat waiter tu. Wai…” Arya
segera memotong. “ehhh.. ehh.. tak payah la bos. Membazir je bos ni..
mentang-mentang anak orang kaya. Tak payahlah membuang duit tu.” Jelas Arya
dalam nada bersahaja. ‘eh dia ni. Perli ke nasihat.’ Arya segera membungkus ais itu dengan sapu
tangannya. “come bos. More closer.” Hakimi merapatkan wajahnya ke wajah Arya.
Terasa deruan nafas Arya menghembus ke
wajahnya. “ok. Tahan sikit ek. Ya nak tuam ni.” Perlahan suara Arya membisik
kepada Hakimi. Yelah, takkan dia jerit pulak. Sakit jantung nanti bos
kesayangannya ini. Jantung Hakimi
berhenti berdegup. Suara Arya yang serak-serak basah sedang berbisik di
telinganya. Dia terpana mendengar bisikan itu. Perlahan dia memerhati wajah
Arya. Arya cantik. Sangat cantik. Malah lebih cantik dari Mellina, gadis
pujaannya. Tetapi,ada satu sifat yang membuatkan kaum adam takut kepada orang
yang bernama Arya Zulaiha ini iaitu, garang. Sehinggakan di pejabat orang
menggelarnya miss lion.. sungguhpun begitu,Arya amat manja dengannya.. bukan
dibuat-buat tetapi semulajadi. Seketika Hakimi tersenyum sendirian.
“Bos,bos!!!??” Arya mennggoncang badan Hakimi. Risau jika Hakimi tiba-tiba
dipukau atau terkena penyakit tidak siuman. “hah?!”Hakimi terkejut. Arya
menghela nafas lega. Mujurlah tiada apa yang berlaku kepada bos kesayangannya
ini. “bos ni dah kenapa senyum seorang-seorang? Dah tak betul? Suka sangat risaukan Ya kan? Kalau jadi
apa-apa kat bos, apa yang Ya nak jawab dengan dato dengan datin? Nak bagi Ya
mati kejang jawab soalan dari mulut
kakak bos yang macam torpedo tu?”bertubi-tubi soalan daripada mulut Arya
sejurus Hakimi sedar dari lamunan. “Ya, saya tak ada apa-apa lah. Saya
cuma…” ayat Hakimi tergantung di
situ.”Cuma apa?” Tanya Arya ingin tahu.
“ saya cuma tenung wajah you yang sangat
cute and beauty.” Jelas Hakimi terus terang.”ek eleh bos ni. Poyo lah. Bos,
kalau bos nak jadi champion buaya darat,
jangan dengan Ya eh. Geli telinga Ya ni dengar tahu!!” seloroh Arya. Hek eleh
.. penat je aku ayat dia. Macam mana orang nak mengorat dia, kalau garang macam
tu. Potong stim. Hakimi mengomel dalam hati. “bos! Eee.. bos ni suka macam ni..
mengelamun. Agak nya otak bos tu dah mereng kot lepas kena dengan linda.. eh
bukan, syasya? ke karina tadi tu? Ahhh. Apa-apa jelah. Sakit otak Ya nak
mengingat nama girlfriend-girlfriend bos. Sekarang ni, lebih baik Ya balik
office. Dah naak dekat pukul dua dah ni. Bye!” Arya segera bangun dari tempat
duduknya. Lagi lama dia melayan bos kesayangannya itu,lagi sakit tekak dan
kerongkongnya nak bertekak dengan Hakimi. “eh, nantilah dulu.” Hakimi mencapai tangan Arya. Terasa seperti ada kejutan elekktrik
yang mengalir di seluruh badan Arya. Dia cukup, cukup pantang kalau ada orang
yang bukan mahramnya cuba untuk mengambil kesempatan atas dirinya.”Mr Hakimi!”
Arya separuh berteriak. Terkujat juga Hakimi mendengarnya. Lantas dia
melepaskan pegangan tangannya. Dia tahu. Dia tahu yang dia telah melakukan
kesalahan paling besar terhadap Arya. “I’m sorry.” Perlahan Hakimi
melafazkannya.” Tolong, jangan samakan saya, Arya Zulaiha dengan girlfriend
–girlfriend En Hakimi!” jari Arya tepat menuding kearah Hakimi. Hakimi
menunduk. Dia tahu kesilapan yang dilakukannya. Air mata Arya gugur. Lantas dia
meninggalkan restoran dengan air mata yang berjuraian. Sungguh, dia terasa
dengan perlakuan Hakimi tadi.
HAKIMI
mengintai Arya disebelah bilik officenya. Gadis itu sedang termenung. Pasti
memikirkan apa yang berlaku tadi. Hakimi mencapai telefon sony xperia Z1
miliknya dan terus mendail nombor telefon Arya yang sudah sedia di dalam
kepalanya. Lagu Arjuna Beta nyanyian
Fynn Jamal yang telah disetkan Arya sebagai caller ringtone berlagu di telinga
Hakimi.
sebelum Kau Tinggalkan Aku Bab 1
SEBELUM KAU TINGGALKAN AKU
Kirimkanlah
hatimu sebelum kau tinggalkan aku.
💑
Pertemuan pertama yang telah
disalah ertikan menghumban Firasha Athelia ke dunia Fiqrash Hazim yang amat
berbeza. Dari benci bertukar menjadi
sahabat yang mencorakkan seribu warna dalam hidup mereka. Dalam diam,
masing-masing menaruh perasaan. Namun pabila ego meraja hati, perasaan
tersimpan di lubuk hati. Kehadiran Catherina dan Jeffrey mengganggu-gugat
hubungan mereka. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Berjayakah Catherina dan
Jeffrey menyemai cemburu dalam hati Firasha Athelia dan Fiqrash Hazim?
Nantikan.
BAB
1
DERAIAN
hujan menambahkan keheningan malam
itu. Tajam mata Pak Long menikam mata
bundar milik Firash. Firash hanya tunduk menekur lantai. Takut, risau, gemuruh,
gementar, semua ada. “ Firasha Athelia!” pekik Pak Long. Fiqrash memegang dada.
Terkejut dia dibuatnya. Firash mengangkat muka. Air matanya mulai bertakung. “
Apa yang kamu buat ni?!” Firash menggelengkan kepala menidakkan pertuduhan
keatasnya. “ Firash tak ada buat apa-apa
pun Pak Long. Firash tak kenal pun siapa dia ni.! Sumpah.” Firash mengangkat
tangannya separuh bahu. “ tak kenal.
Cukuplah dengan semua pembohongan yang kau buat selama ni. Janganlah kau
nak perbodohkan keluarga aku lagi. Aku
tak sangka kau sanggup buat macam ni selepas apa yang ayah aku bagi kat kau!
Patutnya orang macam ni biarkan je duduk merempat.! Tak sedar diuntung!” air
mata Firash merembes keluar. Kartini sudah tersenyum. Dia pasti Kartini gembira
melihat apa yang terjadi padanya. “ini ke yang abang dan ayah banggakan? Dasar
perempuan jalang!” kuat Kartini melafazkan kata-katanya. Pedas di telinga
Firash. Ya Allah, tabahkanlah hatinya. Dia harus menegakkan keadilan.
Pandangannya beralih ke arah lelaki yang duduk di atas sofa kulit. Perlahan dia
mendekati lelaki tampan itu. Dia yakin dengan cara itu kebenaran dapat
dibuktikan.
“awak! Awak beritahu diorang yang kita tak pernah kenal
dan awak salah rumah kan?! Beritahu diorang awak!!”Firash melutut di hadapan
Fiqrash. Fiqrash ingin menyatakan kebenaran namun mulutnya seakan terkunci.
Bagaikan suaranya tersekat di kerongkong. ‘cakap Fiqrash. Bantu perempuan ni.
Ni semua sebab kau. Kalau kau tak terburu-buru. This wont happen.’ Bisik hati Fiqrash
. Namun, ada sebab dia tidak ingin menerangkan hal sebenar. Tapi, dia pun tidak
pasti apa sebabnya. Ah, gila jadinya. “sa…’’ belum sempat Fiqrash menghabiskan
bicaranya namun Amran sudah memotong percakapannya. “keluar dari rumah ni! Aku
tak nak rumah mak ayah aku jadi tempat korang berdua buat maksiat. Tak
pasal-pasal ada yang kena kahwin free nanti. Huh!” sinis kedengarannya. Firash
menahan sebak. Dia memandang Amran. ‘Am, Lia tak pernah buat macam tu. Sampai
hati Am tuduh Lia macam ni. Mana semua janji manis Am. Am kata tiada apa pun
yang boleh pisahkan kita. Mana kata-kata Am tu? Kenapa Am minta perpisahan ni?’
dia mendekati Pak Longnya. Lantas dia menghulurkan tangan kepada Pak Longnya.
Huluran Firash tidak disambut. ‘benci sangatkah Pak Long padanya? Kotorkah
dirinya sehinggakan dia dilayan sebegini rupa?’ kemudian dia mendekati Mak
Long. Dia mencium tangan tua Mak Long. Mak Long menyeka air mata Firash. Dari
pancaran matanya tergambar seribu satu kesedihan. Dia seolah- olah ingin
berkata sesuatu. Seperti ‘Mak Long tahu Lia tak salah. Tapi Mak Long tak boleh buat apa-apa’ andainya dia boleh
bersuara. Dia akan menentang habis-habisan keputusan Amran. Tetapi dia tidak
kuat. Seakan mengerti, Firash tersenyum.
Hambar. Hatinya berkata, ‘tak apa Mak Long, Lia faham’ Firash memeluk erat badan Mak Long. Badan itu
berisi. Tidak dapat dia bayangkan tatkala pemergiannya nanti. Apakah kekal
seperti ini? mahupun sebaliknya? Mak long!!. Hatinya merintih.
“ hoi!! Kau tak payahlah nak tunjuk
baik kat sini semuanya sudah terbongkar Athelia. Tak ada
apa-apa yang kau nak buktikan lagi! Sekarang ni lebih baik kau keluar daripada
rumah ni.! Aku tak nak tengok kau lagi dekat rumah ni. Sini!” Amran menarik
tangan Firash kasar. Fiqrash berdiri. Ini
sudah keterlaluan. Bukan ini caranya. Amran mencampak Firash keluar
rumahnya. Fiqrash menuruti langkah Amran. Dia menyambut Firash. “kau keluar
dari rumah ni dan jangan pernah tunjuk muka dekat sini. Jangan pernah jejak
rumah ni lagi. Dan malam ni, kau tak ada
apa-apa lagi pertalian dengan kami!” Amran memandang tepat wajah putih mulus
milik Firash yang sudah basah dek air mata. Begitu juga tubuhnya yang basah
ditimpa hujan. Amran tidak sanggup sebenarnya untuk memperlakukan begitu
terhadap Firash. Namun amarah menguasai dirinya. Tambahan pula, dengan jejaka
tampan yang berdiri di sebelah Firash terlalu
mengambil berat terhadapnya. Dia berlalu ke rumah. Air matanya mengalir
laju ‘maafkan saya Lia. Saya tahu saya kejam. Tapi awak lagi kejam. Awak curang
dengan saya. Curang!’ dia menghempas pintu rumahnya. Fiqrash memegang bahu
Firash untuk membantu Firash bangun. “lepaslah!” tempelak Firash. Dia tidak
akan membenarkan lelaki itu menyentuhnya. Kerana dia semua ini terjadi! Kerana
dia, dia dibenci oleh Pak Long. Kerana dia Kartini terasa berkuasa. Kerana dia,
dia terpaksa berpisah dengann Mak Longnya. Kerana dia, Amran menghinanya.
Kerana dia, dia hilang tempat perlindungannya. Firash benci dia!
Fiqrash terkedu, terkelu, tergamam
terkejut semua ada. Tidak menyangka itu yang akan dibalas oleh perempuan ini.
Niatnya hanya satu, untuk membantu namun dia yang disalahkan. Dia berlalu ke
keretanya. Buat apa nak dipaksa kalau orang tak nak. Dia terus meninggalkan
pekarangan rumah Pak Long Firash dengan kereta Lambhorghini Gallardonya.
Firash memandang kosong ke arah
kereta mewah yang baru meluncur pergi meninggalkannya. ‘dia tinggalkan aku? Sampainya hati dia
tinggalkan aku dengan hujan-hujan lebat macam ni. Tapi, kenapa aku sedih? Bukan ke tadi aku
yang suruh dia pergi? Ah, tulah kau berlagak lagi. Padan muka kau Firash. Sombong tu tak
bertempat.’ Marah Firash dengan dirinya
sendiri. Sungguh dia sedih melihat jejaka tampan yang tidak diketahui namanya
itu, pergi meninggalkannya. Dia bersandar pada
pagar. “ Am..” dia memanggil perlahan. Tanpa sedar dia diperhatikan.
Fiqrash memberhentikan keretanya.
Tidak tahu kenapa, dia terasa berat hati untuk meninggalkan perempuan cantik itu.
Terasa seperti separuh jiwanya tertinggal di situ. Padahal, tidak sampai 2
kilometer dia meninggalkan pekarangan rumah teres dua tingkat itu. ‘ Fiq,
kenapa kau berhenti? Lantaklah dia. Siapa suruh dia berlagak sangat tadi. Kena
tinggal, padan muka.’ sebelah hati Fiqrash berbicara. Fiqrash tersenyum. Betul
tu. Buat apa dia nak pedulikan orang yang langsung tak hargai pertolongan dia.
Tatkala dia ingin menekan pedal minyak, sebelah hatinya bersuara. ‘Fiqrash
Hazim, tak baik aniaya orang. Kalau tak sebab kau aci redah je tadi, semuanya takkan jadi. Tak kesian ke
dekat dia? Undur, Fiq.’ Fiqrash mengeluh. Panjang. Dia meraup wajah tampannya.
Dia mengambil keputusan untuk kembali ke tempat tadi.
Firash memerhati kereta yang berhenti
di hadapannya. ‘ini bukan kereta mamat tadi tu. Yeay! Dia patah balik. Dia
sayangkan kau, Firash! Erk, perasanlah kau ni!’ Firash sembunyi senyum. Hatinya
berbunga-bunga. Tak tahulah kenapa.
Fiqrash menurunkan tingkap di sebelah tempat duduk penumpang. “come in.” Firash
menggeleng. Namun di hatinya bersorak senang.
Subscribe to:
Comments (Atom)